Why Using International Comparative Math And
Science Achievement Data From TIMSS Is Not Helpful
Oleh: William G. Holiday & Berchie W. Holiday (2003)
Ulasan dan kritikan:
Secara
umum, TIMSS berperanan untuk membuat perbandingan antara pencapaian Matematik
di kalangan negara-negara antarabangsa. Namun demikian, terwujud juga kajian
yang menyatakan bahawa keputusan TIMSS tidak mampu untuk menentukan pencapaian
Matematik murid-murid. Hal ini demikian kerana terdapat wujudnya masalah penggunaan
bahasa ibunda yang berbeza, bilangan sampel yang kurang, perbezaan kurikulum sekolah
antara negara, pemilihan sampel yang tidak standard dan persediaan murid yang
berbeza.
Berdasarkan
artikel ini, keputusan TIMSS yang dikeluarkan adalah kurang berkesan untuk
menentukan ranking setiap negara dalam pencapaian Matematik murid-murid. Pada
hemat saya, bahasa ibunda harus digunakan dalam penggubalan soalan TIMSS agar
tidak mengelirukan murid-murid dalam penjawaban soalan. Selain itu, pemilihan
sampel haruslah telus dan secara rawak agar tidak mewujudkan keadilan. Di samping
itu, penggubalan kurikulum sekolah juga haruslah dilaksanakan untuk menghadapi
cabaran dalam zaman globalisasi. Sebagai contoh, Matematik Tahun 4 di bawah
KSSR telah menyelitkan kandungan pertukaran mata wang asing. Dalam hal ini,
murid-murid juga dapat didedahkan dengan pertukaran mata wang asing yang dapat
dikaitkan dengan kehidupan seharian.
Tuntasnya,
adalah digalakkan bagi negara-negara mengambil ujian TIMSS. Namun, perubahan
yang sesuai juga seyogianya dilaksanakan agar keputusannya boleh digunakan
untuk menentukan pencapaian Matematik murid-murid di seantero dunia.
Artikel 2
Multilevel Analysis Of Achievement In Mathematics
Of Malaysian Dan Singaporean Students
Oleh: M Najib Abd Ghagar, Rohani Othman & Ebrahin Mohammadpour (2011)
Ulasan dan kritikan:
Penerokaan variasi dalam pencapaian Matematik di
Malaysia dan Singapura bagi murid-murid berusia 8 tahun telah dibincangkan
dalam artikel ini. Selain itu, artikel ini juga membincangkan perkaitan antara
perbezaan murid dan tahap sekolah. Sampel yang terlibat merupakan murid yang
menyertai TIMSS pada tahun 2003. Daripada kajian ini, didapati tahap sekolah yang
berbeza mempengaruhi pencapaian murid dalam Matematik.
Dengan itu, faktor sekolah akan mempengaruhi
pencapaian murid dalam Matematik. Pada hemat saya, guru berperanan penting
dalam pencapaian Matematik murid-murid. Selain itu, faktor-faktor lain yang
mempengaruhi pencapaian Matematik termasuklah faktor konsep kendiri, faktor sikap
murid terhadap Matematik dan faktor sumber pendidikan di rumah. Sesungguhnya,
sikap murid juga menyumbang kepada pencapaian murid dalam Matematik. Pada hemat
saya, murid-murid seyogianya diterapakn nilai dan persepsi yang positif
terhadap Matematik.
Sesungguhnya, soalan TIMSS adalah lebih menjurus
kepada soalan yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Maka, guru harus
menyediakan soalan Matematik yang berperingkat aplikasi sepertimana yang
dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. Saya bersyukur kerana kerajaan kita pada
zaman ini lebih menitikberatkan kemahiran berfikir beraras tinggi (KBAT) dalam
kalangan murid. Segala usaha ini juga dapat membantu murid negara Malaysia
berfikir beraras tinggi.
Tuntasnya, untuk bertanding dengan negara asing,
negara Malaysia seyogianya berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam ranking
TIMSS.
Artikel 3
Mathematics And Science Achievement In Malaysia
Oleh: Hui Peng Liew & Suet-ling Pong (2004)
Ulasan dan artikel:
Kajian
ini adalah berkaitan dengan tahap pencapaian Matematik dan Sains dalam kalangan
murid di Malaysia. Sampel kajian ini ialah murid yang menduduki TIMSS pada
tahun 1999.
Berdasarkan
kajian ini, murid bukan Melayu menunjukkan keputusan yang lebih baik dalam mata
pelajaran Matematik jika dibandingkan dengan mata pelajaran Sains. Selain itu, murid
lelaki berpencapaian lebih baik dalam Matematik dan Sains jika dibandingkan
dengan murid perempuan. Menurut kajian ini, faktor Ibu bapa dan pendidikan juga
memberi kesan terhadap pencapaian Matematik tetapi bukan subjek Sains.
Melalui
kajian ini, kedudukan Malaysia dalam TIMSS masih tidak memuaskan. Hal ini
demikian disebabkan terdapat banyak kekangan yang masih belum diatasi.
Khususnya, jurang pendidikan di antara murid di bandar dan di luar bandar.
Justeru,
adalah dicadangkan agar polisi pendidikan harus diperbaiki untuk mencapai tahap
pendidikan yang setara dengan negara lain. Dasar pendidikan yang menyeluruh juga
diperlukan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS.
Tuntasnya,
Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mengorak langkah untuk merangka kurikulum
yang sesuai dengan murid-murid bagi meningkatkan prestasi murid dalam Matematik.
0 comments:
Post a Comment