Artikel 1
Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap Proses Pembelajaran
Secara Mengalami
Oleh:
Ruhani binti Mat Min
Ulasan dan kritikan:
Kajian
ini bertujuan melihat kesan budaya sekolah terhadap pengalaman pembelajaran
yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani praktikum kaunseling di
sekolah. Antara instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah temubual,
pemerhatian, penulisan diari dan kajian dokumen.
Daripada
keputusan kajian ini, didapati terdapat isu yang dihadapi oleh kaunselor
pelatih semasa menjalani latihan praktikum kaunseling di sekolah. Antara isu
yang dihadapi oleh kaunselor pelatih termasuklah status penerimaan perkhidmatan
kaunseling, ketidaksediaan, tidak menghormati, dan kurang kerjasama. Pengalaman
kaunselor pelatih menunjukkan bahawa pembelajaran mengenai tugas seorang
kaunselor berkaitan langsung dengan budaya sesebuah sekolah.
Menurut
kajian ini, budaya sekolah merupakan unsur yang signifikan dalam proses
pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani praktikum
kaunseling di sekolah. Pada hemat saya, budaya sekolah dapat memberikan kesan
yang signifikan terhadap proses pembelajaran secara mengalami.
Tuntasnya,
setiap sekolah mempunyai budaya sekolah yang berbeza.
Artikel 2
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah
Oleh: -
Ulasan dan kritikan:
Secara umum, sekolah
merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting
dalam mengubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah
adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Sesungguhnya, cita-cita
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi rujukan kajian ilmiah.
Antara faktor-faktor
yang mempengaruh kewujudan budaya sekolah termasuklah sekolah sebagai
institusi formal, sekolah merupakan organisasi berdasarkan waktu, sekolah
merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar, upacara dan keramaian
yang dilaksanakan di sekolah, serta matlamat institusi berkenaan
Menurut artikel ini, ciri-ciri yang
tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil
seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya
kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan budaya bilik darjah. Budaya
sekolah yang sihat ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat
menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi
pendidikan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu
merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Tuntasnya, budaya sekolah yang baik
dapat membantu membentuk modal insan yang bersepadu dari segi JERIS.
Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah
Oleh: Azizi Yahaya, Nurfaizah Abd. Majid
Daripada: http://eprints.utm.my/13383/1/JEPC-2011-2-004.pdf
Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah.
Hasil kajian mendapati bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan adalah budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial. Manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek visual. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.
Menurut kajian ini, guru dan pelajar harus mengenal pasti budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran agar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pada hemat saya, pengenalpastian budaya formal sekolah memang penting kerana budaya sekolah yang baik dapat memupuk minat yang baik dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, budaya membaca yang dipupuk dari zaman sekolah dapat menjamin para murid suka membaca.
Tuntasnya, untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan, maka sesebuah sekolah haruslah memupuk budaya yang positif.

0 comments:
Post a Comment