7. Standard Pengajaran Malaysia





Artikel 1
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti : Bagaimana Ia Diukur Dan Dicapai
Oleh: Mohd Salleh Lebar

Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan sistem pendidikan Malaysia yang berkualiti berdasarkan ukuran standard. Kawalan standard ini meliputi ukuran dari peringkat prasekolah ke peringkat pendidikan tinggi. Kawalan standard ini juga bertujuan untuk memastikan PdP berjalan dengan lancar, di samping mempunyai kualiti yang standard.
Untuk memastikan sistem pendidikan Malaysia berkualiti, ia merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan guru, kelengkapan sekolah, keperluan alat bantu mengajar, kualiti kurikulum dan sebagainya. Pengukuran itu seharusnya boleh diterima bagi memastikan sesuatu sistem pendidikan itu berkualiti dan sentiasa mengikuti arus perubahan pada zaman globalisasi.
Konsep utama dalam kecemerlangan kualiti PdP seperti kecemerlangan dalam sesuatu hasil dan memenuhi keperluan pengguna amat penting dititikberatkan. Hasil yang boleh kita dapati ialah kejayaan murid, guru dan kejayaan memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Kualiti dan standard memainkan peranan yang penting dalam kemajuan dan proses pendidikan di negara kita.
Diharapkan sistem pendidikan Malaysia dapat bersaing selaras dengan arus globalisasi. Kejayaan ini berkaitan dengan guru yang berkualiti, pencapaian sekolah yang baik di dalam peperiksaan, di samping mempunyai kawalan disiplin yang baik.


Artikel 2
Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah
Oleh: Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman, Ahmad Tajuddin Othman

Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, yakni jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah. Kajian ini mencadangkan guru-guru siswazah terlatih perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif.
Guru-guru yang berasa kurang bersedia menghadapi masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri mereka tidak berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi (Buell et al. 1999; Cains & Brown 1996; Martin et al. 1999). Dalam konteks profesion guru, pengalaman dan latihan guru dapat mempengaruh efikasi guru.
Pendidikan dan latihan iktisas guru ialah salah satu faktor dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Dalam pada itu, para pakar telah sepakat bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Malahan, faktor pengalaman mengajar juga merupakan pengetahuan yang dibentuk oleh interaksi antara faktor-faktor persekitaran kerja.
Selain faktor kelayakan guru dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang mencorakkan pencapaian murid, antaranya termasuklah kepercayaan efikasi guru. Pada hemat saya, jenis latihan guru sememangnya mempunyai pengaruh terhadap efikasi guru. Sebagai contoh, guru yang menerima latihan dalam pengkhususan Matematik mampu menghasilkan murid yang berprestasi tinggi dalam Matematik.
Tuntasnya, pengaruh jenis latihan guru dan pengalaman mengajar adalah berkaitan dengan efikasi guru.


Artikel 3
Cabaran Guru Sandaran Terlatih Di Sekolah
Oleh: Siti Zohara Binti Yassin

Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh guru sandaran terlatih di sekolah. Antara cabaran yang dihadapi oleh GST termasuklah perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan penerimaan komuniti sekolah.
Kajian ini menunjukkan GST tidak bersedia apabila ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan, mengajar kelas peperiksaan. Hal ini demikian disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan dan tidak berminat apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Pada hemat saya, apabila ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen GST, mereka akan kekurangan keyakinan untuk melaksanakan tugasannya.
Sesungguhnya, GST menghadapi pelbagai jenis cabaran. Cabaran ini termasuklah mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan kelas peperiksaan. Pada hemat saya, GST memerlukan sokongan dan bimbingan daripada guru pakar yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama. Dengan demikian, ianya dapat memberikan keyakinan kepada GST dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
 Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemampuan GST untuk menghadapi cabaran ini bergantung kepada kesediaan dan semangat GST. Kegagalan untuk memenuhi syarat tersebut boleh mempengaruhi kepuasan kerja.
Maklumlah GST merupakan guru novis yang baru mengorak langkah ke dalam bidang pendidikan. Justeru, mereka memerlukan daya ketahanan yang tinggi dan bimbingan yang berterusan daripada guru berpengalaman.

0 comments:

Post a Comment