9. Kurikulum


















Artikel 1
Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum
Oleh: Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Ruhizan Mohammad Yassin

Ulasan dan kritikan
Selaras dengan aspirasi wawasan negara kita, maka kurikulum pendidikan yang menyeluruh harus dibangunkan untuk melahirkan generasi yang yang dapat memenuhi tuntutan negara pada zaman globalisasi ini. Dalam pada itu, hal ini adalah selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi:
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujuyadkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara" (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).
Untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, maka kurikulum yang bersepadu diperlukan. Dalam pada itu, kurikulum seharusnya dapat memperlihatkan kewajaran dan kerelevenan ilmu, di samping mampu untuk membolehkan seseorang pelajar itu menghadapi cabaran sebenar dalam kehidupan seharian.
Tuntasnya, berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita boleh mencadangkan proses menggubal sesebuah kurikulum seyogianya releven dengan kehendak semasa.


Artikel 2
Pengurusan Kurikulum Sekolah Menengah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik
Oleh: Rosnah Selamat 
Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan pengurusan kurikulum yang sistematik, berkesan dan cemerlang yang diamalkan di sekolah-sekolah menengah pada hari ini. Sistem pengurusan kurikulum yang meliputi sistem pengurusan panitia di kebanyakan sekolah menengah pada hari ini hanya pada tahap yang memuaskan sahaja. Hanya sebahagian kecil sahaja sekolah yang telah mengamalkan budaya pengurusan kurikulum yang boleh dianggap sistematik, berkesan dan cemerlang.
Menurut artikel ini, didapati sistem pengurusan kurikulum di sekolah pencapaian cemerlang lebih baik daripada sekolah pencapaian sederhana. Dalam pada itu, keberkesanan sistem pengurusan kurikulum sesebuah sekolah merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian sekolah dalam Peperiksaan Awam.
Sesungguhnya, faktor utama kejayaan sesuatu reformasi kurikulum tidak semata-mata terletak pada perancangan yang mantap dan berterusan di peringkat atas, malahan yang lebih penting adalah keberkesanan pelaksanaan reformasi tersebut di peringkat pelaksanaan yang paling bawah. Oleh demikian, pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah, khususnya di dalam bilik darjah, merupakan faktor penentu kejayaan reformasi tersebut.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kurikulum bolehlah dianggap sebagai nadi kepada sesebuah sekolah. Pengurusan kurikulum amat pentingdan ini adalah selaras dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dan pengurusannya perlu diberi perhatian yang sama. Penyeliaan pengurusan kurikulum sekolah dan panitia-panitia mata pelajaran hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan sekolah supaya semua program kurikulum sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.


Artikel 3
Teknologi Di Dalam Bilik Darjah
Oleh: -

Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi di dalam bilikk darjah. Sesungguhnya, reka bentuk kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada dewasa ini adalah sesuai dengan perubahan terkini.
Menurut artikel ini, kaedah pengajaran yang dilaksanakan pada zaman kini masih bersifat tradisional. Selain itu, kurikulum yang dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam teknologi semasa. Sesungguhnya, banyak sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program ICT sedia adalah seperti Sekolah Bestari, School-net, computing tablet, Partners in learning, Primary English Literature dan komputer pra-sekolah.
Lazimnya, kurikulum M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan. Oleh sebab M-Pembelajaran merupakan bidang yang baharu, maka banyak penyelidikan dan pembangunan perlu dilaksanakan. Perkembangan dalam teknologi mudah alih pada masa kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan, di samping terdapat beberapa kelemahan.
Tuntasnya, penggunaan M-Pembelajaran amat sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah.

0 comments:

Post a Comment