Artikel 1
Pendekatan Pengajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik (2011)
Oleh:
Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh
Daripada:
http://eprints.utm.my/20971/1/109.pdf
Ulasan dan kritikan:
Artikel ini berkaitan dengan pengenalpastian
pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah menengah dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru Matematik
di sekolah menengah lebih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
dan berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Fokus artikel ini ialah pendekatan
pengajaran dan pembelajaran guru. Adalah sangat penting bagi para guru untuk
melibatkan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ramai guru yang
menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan juga pengajaran
berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Didapati,
guru-guru lebih suka memilih pendekatan-pendekatan ini kerana ia mampu
meningkatkan tahap kefahaman pelajar jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran
berpusatkan guru.
Pada hemat saya, guru harus
mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat
pembelajaran murid terhadap mata pelajaran Matematik. Sesungguhnya, saya
berpendapat bahawa kita sebagai guru harus peka terhadap perbezaan individu
yang wujud dalam kalangan murid. Justeru, adalah penting bagi guru mengaplikasi
pedagogi Matematik yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Artikel 2
Investigatory
Approaches In Mathematics Teaching: Implications For Teacher Training In India
Oleh:
Dr. Viiayalakshmi Chilakamarri.
Ulasan dan kritikan:
Dalam
zaman globalisasi ini, Matematik merupakan mata pelajaran yang sangat sesuai diajar
melalui pendekatan penyiasatan. Hasil penyelidikan terbaharu dari negara-negara
lain menekankan penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memberi
peluang kepada murid untuk berfikir secara aras tinggi, di samping melalui
strategi penyelesaian
Terdapat
ramai guru yang tidak berpuas hati dengan cara pengajaran Matematik terutamanya
di sekolah rendah dan menengah di India. Hal ini demikian disebabkan mereka
tidak memberikan peluang dan persekitaran yang mengarah kepada pemikiran secara
Matematik yang secukupnya kepada murid. Dengan itu, guru-guru berusaha untuk
membaiki cara pendekatan mereka. Pelbagai kaedah pendekatan digunakan demi
meningkatkan tahap kefahaman murid khususnya pendekatan penyiasatan.
Hasil daripada kajian ini, didapati
penggunaan pendekatan penyiasatan memberikan impak positif kepada murid. Murid lebih
bersemangat untuk melakukan eksplorasi dalam pembelajaran Matematik. Mereka
lebih aktif dalam penerokaan.
Tuntasnya, pendekatan penyiasatan
amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Artikel 3
Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Oleh:
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi
Ulasan dan kritikan:
Kajian ini adalah berkaitan dengan kaedah
kontruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Selain itu,
kajian ini juga mengupas faktor sikap dan tanggapan pelajar terhadap Matematik selaras
dengan kaedah konstruktivisme.
Sesungguhnya, kaedah konstruktivisme
ialah proses pembelajaran yang dikembangkan secara aktif oleh pelajar sendiri. Bagi
mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik, pengkaji mewujudkan dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan
eksperimental yang akan belajar dengan kaedah konstruktivisme, dan kumpulan
kawalan yang belajar kaedah tradisional.
Berdasarkan kajian ini, didapati
bahawa pencapaian pelajar meningkat sebanyak 15% dengan pengaplikasian kaedah
pembelajaran konstruktivism dalam kelas Matematik. Pengkaji juga mendapati
bahawa pelajar akan menjadi seorang yang aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berfikir,
lebih yakin, lebih berkemahiran social. Hal ini demikian kerana kaedah
konstruktivisme ialah pembelajaran dua hala.
Pada hemat saya, kaedah
konstruktivisme amat sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran dn pembelajaran
Matematik sepertimana yang disokong oleh Piaget. Piaget telah menyatakan
kanak-kanak belajar melalui permainan. Justeru, adalah penting bagi guru-guru
mengaplikasikan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
0 comments:
Post a Comment