Artikel 1
Mathematics
Anxiety Among Secondary School Students in India and its Relationship to
Achievement in Mathematics
Oleh: Tahira Khatoon & Sadia
Mahmood (2010)
Ulasan dan kritikan:
Sesungguhnya, tahap kebimbangan matematik boleh
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Didapati faktor jantina merupakan salah satu
faktornya. Didapati perempuan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi
berbanding lelaki. Ini adalah konsisten dengan kajian yang dijalankan oleh
Ramprasad (2003) yang juga mendapati hasil dapatan yang sama. Pada hemat saya,
murid perempuan akan berasa malu jika mendapat keputusan yang tidak baik dalam
matematik. Justeru, pelajar perempuan mempunyai tahap kebimbangan Matematik
yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.
Selain itu, faktor jenis sekolah juga dapat menentukan
tahap kebimbangan Matematik murid. Kajian menunjukkan murid yang bersekolah di
sekolah kerajaan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi. Pada hemat saya,
murid yang belajar di sekolah swasta mempunyai persekitaran yang lebih selesa,
maka mereka kurang mengalami kebimbangan Matematik. Fulya (2008) juga menyatakan
faktor persekitaran mengakibatkan kebimbangan Matematik.
Di samping itu, faktor pencapaian Matematik turut mempengaruhi
tahap kebimbangan Matematik. Ma & Xu (2004) menyatakan sekiranya murid
mendapat markah yang tinggi, tahap kebimbangan mereka dalam Matematik juga jauh
lebih rendah. Hal ini demikian kerana murid yang berprestasi tinggi mempunyai
tahap keyakinan yang tinggi dan berminat terhadap Matematik.
Sementelahan itu, persekitaran sekolah sebenarnya
juga memainkan peranan yang penting dalam menguji tahap kebimbangan Matematik.
Oleh itu, pihak sekolah berperanan penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif
setara dengan murid di sekolah swasta. Usaha sedemikian bertujuan untuk
membantu murid meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran Matematik.
Tuntasnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor
jantina, faktor jenis sekolah, faktor pencapaian Matematik dan faktor
persekitaran sekolah dapat mempengaruhi kebimbangan Matematik dalam kalangan
pelajar.
Artikel 2
Math
Anxiety In Elementary And Secondary School Students
Oleh: Allan Wigfield & Judith L. Meece
Ulasan dan kritikan:
Hasil dapatan kajian terhadap kebimbangan Matematik
dalam kalangan murid di sekolah rendah dan pelajar di sekolah menengah menunjukkan
bahawa terdapat dua aspek yang perlu dititikberatkan, yakni aspek kognitif dan aspek
afektif.
Jika kita meneliti dari aspek kognitif, didapati
murid di sekolah rendah mempunyai kebimbangan Matematik yang sama dengan
pelajar di sekolah menengah. Dalam pada itu, didapati kebimbangan murid untuk mendapat pencapaian yang
rendah dalam Matematik akan meningkatkan tahap kebimbangan Matematik mereka. Maka,
guru seyogianya mempunyai kesedaran terhadap sikap murid dalam kelas agar dapat
memberikan pengaruh yang baik terhadap perspektif mereka dalam Matematik.
Dari segi afektif pula, didapati umur tidak memberi
kesan terhadap tahap kebimbangan Matematik. namun begitu ia berbeza dengan
jantina. Didapati murid perempuan memberikan reaksi negatif afektif terhadap Matematik
berbanding lelaki. Kajian yang dijalankan oleh Lafferty (1996) yang menyatakan
murid perempuan mempunyai tahap kebimbangan Matematik yang lebih tinggi. Hal
ini demikiran kerana murid perempuan kurang selesa semasa melibatkan diri dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana tidak ingin menunjukkan kesilapan. Justeru,
murid perempuan mempunyai tahap kebimbangan Matematik yang lebih tinggi jika
dibandingkan dengan murid lelaki.
Tuntasnya, kebimbangan Matematik boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, Kesemua
komponen memberi kesan kepada persepsi murid, penghargaan terhadap Matematik,
dan prestasi mereka dalam Matematik. Oleh itu, guru seyogianya sedar akan
komponen tersebut dan cuba sedaya upaya untuk membantu murid dalam mengatasi
masalah-masalah Matematik.
Artikel 3
Aspects
of Children's Mathematics Anxiety
Oleh:
Karen Newstead (1998)
Ulasan dan kritikan:
Daripada
kajian yang telah dijalankan, didapati kebimbangan Matematik dalam kalangan pelajar
bermula dari peringkat awal zaman kanak-kanak. Arnold et. Al di dalam Eugene
(2010) juga menyatakan kebanyakan kanak-kanak mempunyai sikap negatif terhadap
Matematik. Maka, adalah penting untuk mengatasi masalah kebimbangan Matematik
dalam kalangan murid dari peringkat awal.
Selain itu, kebimbangan matematik juga bekait rapat dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang
menggunakan kaedah alternatif, khususnya kaedah ‘CAN’, dapat mengurangkan kebimbangan
Matematik dalam kalangan murid jika dibandingkan dengan guru yang menggunakan
kaedah tradisional yakni ‘chalk and talk’.
Berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh Oxford and Vordick dalam Hasbee et al.
(2009), faktor kaedah pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada kebimbangan
Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Guru yang menekankan kaedah penghafalan
formula, kaedah latih tubi dan kaedah tradisional dalam pengajaran menyumbang kepada
kebimbangan Matematik. Pada hemat saya, selain kaedah pengajaran dan pembelajaran,
guru juga perlu meningkatkan keyakinan murid dalam kebolehan Matematik.
Bak
kata pepatah, “rentuh buluh biarlah dari rebungnya”. Maka, kebimbangan
Matematik dalam kalangan murid harus dikekangi dari zaman kanak-kanak lagi.
0 comments:
Post a Comment