Looking
Critically at Teachers’ Attention to Equity in their Classrooms
Oleh: R. Judith Reed & Nicholas
Oppong
Ulasan
dan kritikan:
Takrifan ekuiti dan kewujudan ekuiti dalam bilik
darjah telah dibincangkan dalam artikel ini. Dalam artikel ini, ia juga
membincangkan isu perkauman dan status sosio ekonomi murid juga menyumbangkan
kegagalan guru dalam usaha mewujudkan ekuiti dalam kalangan murid.
Sesungguhnya, faktor diskriminasi wujud dalam kebanyakan bilik darjah.
Daripada artikel ini, ia juga mendedahkan para guru
dalam peningkatan kefahaman murid terhadap isu bangsa, kelas dan jantina murid
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Pada hemat
saya, setiap guru harus bersikap adil dalam pengajaran dan pembelajaran harian.
Adalah tidak professional bagi seseorang guru bersikap tidak adil terhadap
sebarang murid.
Sebagai guru, kita haruslah lebih peka kepada
kepelbagaian yang wujud dalam kalangan murid. Sebagai contoh, guru patut memahami
ketidaksamarataan status sosio ekonomi para murid yang wujud dalam bilik
darjah, kemudian mengambil langkah yang sesuai untuk mewujudkan akses dan
ekuiti dalam kalangan murid.
Tuntasnya, pencapaian Matematik murid adalah berkait
rapat denagn akses dan ekuiti dalam kalangan murid.
Artikel 2
Beyond
Access and Achievement: Equity Issues for Mathematics Teachers and Leaders
Oleh: Rochelle Gutiérrez, Jennifer Bay-Williams, danTimothy D. Kanold
Ulasan
dan kritikan:
Kajian ini menunjukkan perspektif guru terhadap
penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik
dan Sains. Tiga aspek yang dititikberatkan termasuklah persekitaran, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran, serta sikap murid. Malahan, artikel ini juga
membincangkan aspek sudut persekitaran yang menyumbankan pencapaian Matematik
murid.
Terbitan ekuiti dahulunya dianggap wilayah khas sekolah-sekolah
dan daerah dengan peratusan
besar pelajar tinggi kemiskinan atau pelajar warna. Dewasa ini, pemimpin-pemimpin
pendidikan mengakui bahawa ketidaksamaan wujud dalam semua konteks, dan pendidikan matematik
kita menyedari bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan bertambah baik apabila kita memberi ekuiti
perhatian yang sama bahawa kita menumpukan kepada kurikulum, pengajaran, dan penilaian.
Atas sebab ini, Persatuan Matematik Guru Pendidik (AMTE),
Majlis Kebangsaan Penyelia Matematik
(NCSM), dan NCTM telah
dibuat semua ekuiti
keutamaan. Ekuiti adalah salah satu daripada empat prinsip-prinsip
kepimpinan dalam Rangka Kerja Kepimpinan PERDANA NCSM
ini: Prinsip dan Petunjuk untuk Pemimpin Pendidikan Matematik (NCSM 2008), yang menarik kepada penyelidikan
untuk menggariskan tindakan dan tanggungjawab yang akan menggalakkan
perbualan profesional fokus mengenai ekuiti.
Pada hemat saya, sebagai guru, kita haruslah menyediakan
persekitaran yang kondusif, mempunyai sikap yang positif dalam kalangan guru dan
mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid
meningkatkan prestasi murid dalam Sains dan Matematik.
Artikel 3
Equity in the Classroom
Oleh: Joseph DiMartino and Sherri
Miles
Ulasan dan kritikan:
Artikel ini membincangkan kepelbagaian
tahap pembelajaran murid. Dewasa ini, murid-murid akan dikelaskan berdasarkan
pencapaian mereka dalam pembelajaran harian. Adalah dipercayai bahawa
murid-murid yang diagihkan ke kelas berdasarkan pencapaian murid dapat
memudahkan guru-guru dalam menguruskan kelas, di samping meningkatkan
pencapaian murid.
Namun demikian, terdapat juga pendapat
yang mengatakan bahawa murid tidak sepatutnya dikelaskan mengikut tahap
pencapaian mereka. Hal ini demikian kerana semua murid mempunyai hak yang sama
untuk belajar dalam kelas yang sama tanpa sebarang diskriminasi. Kaedah
mengelaskan murid secara sama adil dikenali sebagai kumpulan heterogen digunakan
dipercayai mampu mewujudkan keadilan dalam kalangan guru, di samping menyediakan
setiap murid dalam kelas yang mencabar.
Artikel ini juga turut mengetengahkan
idea untuk memperkenalkan pengelasan murid secara heterogen tetapi menggunakan
pendekatan arahan yang pelbagai, mengikut tahap murid yang berbeza-beza. Selain
itu pendekatan stail pembelajaran yang pelbagai juga perlu diperkenalkan supaya
tiada murid yang ketinggalan. Penilaian secara holistic juga sangat penting
untuk menjamin ekuiti.
Pada hemat saya, pengelasan murid
berdasarkan kumpulan heterogen memerlukan tenaga pengajar yang lebih.
Sepertimana pengajaran dan pendidikan di negara asing, di mana terdapat
sekurang-kurangnya dua orang tenaga pengajar dalam sebuah bilik darjah. Saiz
kelas yang kecil juga merupakan satu isu yang dipertikaikan. Sesungguhnya, saiz
kelas yang kecil lebih baik jika dibandingkan dengan yang besar, namun ianya
agak sukar dilaksanakan kerana memerlukan peruntukan kewangan yang agak banyak.
0 comments:
Post a Comment