12. Penggunaan Teknologi, khasnya ICT untuk Pembelajaran dan Pengajaran

















Artikel 1
ICT as a Learning Tool to Assist Teaching ICT in Primary Schools
Oleh: Ruba Abu Hassana.

Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil daripada kajian ini, yakni semi-struktur temubual dengan guru-guru dan penyelaras ICT, di samping pemerhatian di dalam bilik darjah
mendapati kaedah pengajaran menggunakan ICT di sepuluh buah sekolah rendah di Coventry semasa musim luruh tahun 2005 menunjukkan kesan positif.
Dengan kata lain, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan minat dan pencapaian murid. Dalam pada itu, guru-guru boleh menggunakan perisian komputer dan kemudah ICT, khususnya Internet dalam pengajaran interaktif. Bagi saya, pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan ICT dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid.
Walaubagaimanapun, artikel ini juga menyatakan terdapat beberapa halangan utama yang membantutkan proses pengajaran menggunakan ICT yakni tiada sokongan dan pengajaran bertumpu kepada teknik tradisional, tiada prasarana interaktif multimedia, guru tidak yakin, serta had pengetahuan dan pengalaman guru dalam bidang ICT. Pada hemat saya, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) boleh dijalankan untuk memastikan guru-guru celik ICT.
Tuntasnya, penggunaan ICT amat penting untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.


Artikel 2
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM
Oleh: Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz

Ulasan dan kritikan:
Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dalam kajian ini, tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam PdP Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam PdP Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam PdP Matematik.
Pada hemat saya, kelebihan menggunakan ICT dalam PdP Matematik adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kelemahannya. Sesungguhnya, guru-guru boleh memanfaatkan kemudahan ICT yang disediakan oleh kerajaan dalam sekolah. Sebagai contoh, guru-guru boleh menggunakan perisian komputer dalam didik hibur Matematik atau penghafalan sifir.
Tuntasnya, kekangan yang dihadapi dalam penggunaan ICT diharapkan dapat diatasi dengan segera. Dengan demikian, barulah sistem pendidikan negara kita dapat diperkasakan.

                         
Artikel 3
Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Malaysia: Isu dan Cadangan Perlaksanaannya.
Oleh: -

Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan aplikasi e-learning dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar. Menurut artikel ini, pendidikan di Malaysia sudah mula mengamalkan pengajaran dan pembelajaran e-learning yakni Virtual Learning Enviroment (VLE) di mana ia membantu guru agar proses PdP menjadi lebih menarik, di samping meningkatkan proses pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik.
Pengkaji juga menyatakan adalah amat penting bagi e-Learning dalam mendedahkan pelajar dan guru dengan kemahiran teknologi maklumat yang amat diperlukan dalam zaman moden ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ICT amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun terdapat banyak faktor lain yang perlu kita lihat, terutamanya dari segi kos dan juga faktor geografi. Kebanyakkan kawasan terutamanya di kawasan pedalaman masih belum mempunyai perkhidmatan internet yang mantap.
Lazimnya, kerajaan telah memperuntukkan banyak kos dalam menyediakan fasiliti ICT di sekolah. Diharapkan para guru boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan agar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Tuntasnya, segala kekangan harus kita harungi untuk mencapai pencapaian yang paling maksimum agar dapat mencapai kedudukan yang setanding dengan negara lain dalam TIMSS dan PISA.




0 comments:

Post a Comment