10. Pensijilan Guru




















Artikel 1
Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan: Satu Tinjauan dari Perspektif Pentadbir Sekolah
Oleh: Chee Kim Mang

Ulasan dan kritikan:
Kajian ini telah membincangkan kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap guru permulaan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan guru permulaan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) keluaran sebuah institut perguruan di Malaysia. Kumpulan guru permulaan ini mula berkhidmat sebagai guru sekolah selama enam bulan pertama mereka ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP). Kaedah persampelan rawak bersistematik digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 105 set soal selidik telah diposkan ke sekolah-sekolah di mana guru permulaan ditempatkan di seluruh Malaysia.
Sebanyak 83 (79.1%) set soal selidik telah dikembalikan oleh pentadbir-pentadbir sekolah. Kajian ini juga membincangkan tahap kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap empat aspek iaitu:
(i)            kualiti diri;
(ii)           pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah;
(iii)          pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah;
(iv)         pengurusan kerja di mana guru permulaan itu ditempatkan.
Pada hemat saya, isu, cabaran dan harapan yang disuarakan oleh pihak pentadbir tentang guru permulaan keluaran institut perguruan amat relevan. Jika kita meneliti dari segi pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru novis sememangnya tidak dapat berprestasi sebagaimana dengan guru yang berpengalaman.


Artikel 2
Lesen Untuk Guru: Syarat Mengajar Bagi Pelihara Integriti Profesion 
Oleh: -

Ulasan dan kritikan:
Artikel ini adalah berkaitan dengan lesen atau syarat mengajar bagi para guru. Artikel ini telah menjelaskan tentang  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat pertimbangan untuk guru dalam memiliki lesen perguruan. Dalam pada itu, situasi ini adalah sepertimana profesion lain seperti doktor, peguam dan akauntan. Adalah dipercayai bahawa tindakan demikian dapat memelihara integriti profesion itu, di samping menjadikan sistem pendidikan negara kita bertaraf dunia.
Walaubagaimanapun, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. Pada hemat saya, perkara ini mempunyai kebaikan. Kebaikannya, perkara ini penting untuk mengekalkan integriti perguruan dan menjaga profesion perguruan. Sesungguhnya, profesion keguruan ini sepatutnya setanding denganprofesion lain profesion kedoktoran.
Tuntasnya, untuk memelihara integriti profesion keguruan, adalah penting bagi para guru bersedia untuk dasar kerajaan pada bila-bila masa.




Artikel 3
Standard Kompetensi Guru Malaysia
Oleh: Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim

Ulasan dan kritikan:
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Menurut artikel ini, pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat.
Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni.
Pada hemat saya, standard kompetensi guru amat penting bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan.

0 comments:

Post a Comment